Resepi Sambal Belacan Tomato Yang Ringkas
-Hidangan untuk 10 orangBahan-bahan:
9 biji cili merah
8 biji cili padi
2 inci belacan bakar
2 biji tomato
Garam & serbuk perasa
2 biji limau kasturi
Cara membuatnya:
1.Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat
2. Rendam seketika 1 biji tomato dalam air panas sehingga lembut. Setelah lembut buangkan kulitnya dan tumbuk bersama-sama bahan yang telah ditumbuk tadi.
3. Potong dadu tomato yang sebiji lagi dan taburkan pada sambal yang telah ditumbuk tadi.
4. Tambahkan sedikit garam dan serbuk perasa ikut citarasa.
5. Perahkan sedikit limau kasturi. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.
Oleh kerana Resepi sambal belacan tomato yang saya kongsikan ini versi ringkas, jadi saya tidak masukkan bawang merah dan ikan bilis sebagai bahan tambahannya. Orait...
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment